skkaw1.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN KAWANG
D/A Pejabat Pendidikan Daerah, 89608 Papar, Sabah. Tel : 088750095, Faks : 088750095
e-mel : skkaw1@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | PIAGAM PELANGGAN | LAGU SEKOLAH | PIHAK PENTADBIRAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | LOKASI | KEPUTUSAN UPSR | PENGUMUMAN TERKINI | GALLERY | PAUTAN | BUKU PELAWAT | AKTIVITI TAHUNAN |

SEJARAH SEKOLAH

Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Kelas

Pada asalnya Sekolah Kebangsaan kawang ini dikenali dengan nama Sekolah Rendah Berahim yang didirikan dalam tahun  1930. Sekolah ini terletak kira-kira ½ kilometer dari kampong Kawang dan 25 kilometer dari pekan Papar. Ianya didirikan d dalam kawasan ladang getah. Sekolah ini mempunyai kawasan seluas dua ekar dan di kawasan tersebutlah didirikan sebuah bangunan sekolah dan sebuah rumah guru.

Bilangan murid pada masa itu lebih kurang 30 orang sahaja. Kelas hanya setakat darjah satu, darjah dua dan darjah tiga dengan menggunakan kelas bercantum. Muridnya pula adalah terdiri dari anak-anak penduduk Kampung Kawang sahaja. Alat tulis pada masa itu ialah papan batu atau slip dan kalam batu yang diberikan secara percuma.

Hanya dua orang guru sahaja yang mengajar di sekolah ini pada masa itu, seorang guru besar dan seorang guru penolong. Guru Besar yang pertama ditugaskan di sekolah ini ialah Encik Othman Sidik dan dibantu oleh Encik Majusin. Dalam tahun 1943, sekolah ini ditutup buat sementara waktu kerana penduduk kampong sentiasa dalam keadaan tidak selamat.

Bangunan  sekolah pada tahun 80an

Bangunan Rumah guru
Dalam tahun 1945, perang dunia kedua tamat tetapi sekolah tidak dapat dibuka semula memandangkan keadaan bangunan yang rosak teruk. Dalam tahun 1946 murid-murid telah dipindahkan ke Mentubik Kawang, iaitu sebuah kawasan yang tidak jauh dari kampong Kawang Dua orang iaitu Encik Abd. Razak dan Encik Kamat telah ditugaskan untuk mengajar di sekolah ini. Bermula dari situlah pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik seperti sediakala. Dalam tahun 1947 sekolah ini telah mendapat tapak baru untuk pembinaan bangunan sekolah baru . Tapak tersebut adalah tapak sekolah yang ada sehingga ke hari ini. Pada tahun 1948 bangunan baru telah siap  dan murid-murid dipindahkan sekali lagi ke bangunan yang ada sekarang ini. Segala peralat sekolah dipindahkan secara bergotong-royong oleh penduduk Kampung Kawang. Sejak dari hari itu, Sekolah Rendah Berahim telah ditukarkan namanya menjadi Sekolah Kebangsaan Kawang hinggalah ke hari ini.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: